Reaching Out a Touch

Saturday, July 30, 2011

Allah Maha Penyayang


Tersentap hari ni, dikejutkan pagi oleh Mama, "Ya, alih kereta, mama nak pegi rumah bos mama and lepas tu nak tengok suami Nyang Chah, nazak." Aku bangun, capai cermin mata, lap lap sikit muka yang berminyak, terus meluru masuk kereta dengan muka tak ada perasaan.

Malas, hari ni hari yang sangat malas. Ternyata kalau dah tidur sampai 11.45 pagi, mama balik kerja membebel anak dara tidur sampai matahari tegak atas kepala.

Aku tak kisah, masih terngiang lagu Lazy Song - mat saleh nyanyi tu entah sapa nama dia. Download sana sini, buat itu ini, lipat kain sana sini, kemas sana sini oh, penat... duduk rehat sambil tengok apa-apa saja kat TV tu.

Balik dari makan malam dengan mama, abah, along dan Zika (yang semangat nak buat rebonding sempena raya katanya) aku check Facebook. Selalu kalau ada new post dekat Group Pelajar SMAPL memang malas nak buka. Tapi, hari ni terdetik hati nak tengok cepat2 lepas senior f5 2003, Chibet yang post.


Makluman kepada semua pelajar dan bekas pelajar (SMAPL), Cikgu Ruslan Bustani, mantan GPK SMAPL (bertukar ke Sek Men Keb Dato' Haron pada thn 2003) telah pun meninggal dunia sebentar tadi....marilah sama2 kita sedekahkan surah Al-fatihah buat arwah....moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...

Ya Allah, Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Aku terus tweet, sambil menahan sebak. Tak kisah lah timeline twitter tu tengah cakap pasal apa pun, tapi, aku nak jugak tweet, bahawasanya, seorang lagenda sudah kembali ke Ramatullah.


Guru Penolong Kanan Alademik yang digemari ramai, aku sempat bersama dengan arwah 2 tahun sahaja. Bila tahu cerita dia akan dipindahkan, ramai betul pelajar putera dan puteri yang sedih. Dia seorang yang berbakat. Berbakat dalam menangani masalah dengan pelajar SMAPLabu.

Guru yang digemari ramai kerana sikapnya yang sempoi. Masih teringat aku akan waktu perhimpunan, apabila En Ruslan Bustani yang dipanggil untuk memberi ucapan, semua orang bukan main sakan gembira dalam hati. Ada yang tersengih-sengih. Sebabnya? Oh, Cikgu Ruslan Bustani cakap sekejap saja!

Memang tepat! Arwah cakap sangat pendek, tapi sangat memberi kesan. Kami pelajar putera puteri semua paid attention. Tak de de yang terkial borak menguap bila arwah yang beri ucapan. Arwah seorang yang sangat dihormati, kerana beliau menghormati.

Style Cikgu Roslan pun memang lain dari yang lain. Bila arwah berucap, tone suara masih tinggi, macam dalam drama, ada climax kan, suara arwah ni climax, terus menjunam ke resolution, "SEKIAN, TERIMA KASIH!" berdekah gelak kami para pelajar diiringi tepukan yang sangat meriah. Kalau ada yang tetridur, pun terkejut tetibe je speech habis centu kan?

Itulah gaya dan penampilah seorang lagenda. Saya qoute tweet @nadiahsalihah kepada saya;

@nadiahsalihah: @hazirahghazali SMAPL----"Sentiasa Mengungguli Apajua Persaingan Lagenda"kata cikgu roslan T___T

Hati mana tak sedih, dengan pemergian seorang pendidik. Teruk mana pun dulu kena marah dengan cikgu, doa hari2 tetap kita doakan guru2 tu kan? Allah lebih menyayangi Cikgu Ruslan, maka perginya Cikgu pada usia yang baru menjangkau 54 tahun. Beliau meninggal disebabkan serangan sakit jantung petang tadi.

Sejurus mendengar berita ini, teringat sewaktu Hari Guru, Cikgu dipanggil oleh senior untuk mendendangkan sebuah lagu. Dengan sempoi dan cool nya, beliau melangkah ke atas pentas, ambil mic, keluarkan kertas yang di atasnya tertulis lirik lagu Sesungguhnya oleh Raihan. Katanya, itu lagu favourite beliau.

Sesungguhnya, akan kukutip, sebuah permata, di dasar lautan
Sesungguhnya, akan kusiram, dengan air hujan dari tujuh langitMu,
Namun cinta tak kan hadir,
Namun rindu tak akan berbunga,
Jika tidak, mengharap rahmatMu,
Jika tidak menagih simpati, padaMu ya Allah.

Tuhan, hadiahkanlah, kasihMu kepadaku,
Tuhan kurniakanlah cintaMu kepadaku,
Moga kutahu syukurku, adalah milikMu.

Perginya cikgu, memberi kami satu semangat, untuk terus berdoa dan mengamalkan ilmu dan ajaran serta nasihat dan tunjuk ajar cikgu. Perginya cikgu, bermaksud bermulalah tugas kami sebagai anak didik untuk memberi hadiah lumayan untuk cikgu bekalkan ke alam baru. Tugas cikgu di dunia mendidik kami, dan kini, tugas kami untuk membalas jasa dan tunjuk ajar cikgu.

Semoga cikgu diletakkan disamping mereka yang beriman dan di bawah lindungan Allah. Sesungguhnya, guru, al-Mu'allim, kaulah pemberi cahaya di dalam kegelapan.

Al-Fatihah.

3 Cognitive Feedbacks:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Beliau adalah seorang guru yang tiada gantinya.. walaupun dh seminggu, tapi hati masih sebak bila bukak buku Fizik.. masih terngiang2 cara beliau mengajar.. rindunya kami pada cikgu.. tapi, Allah lebih menyayangimu.. al-fatihah..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...I'm a bekas pelajar smapl... 1998-2002..that was ages ago..but i was fortunate to meet him and he taught me physics when i was in form 5.. i even wrote about him in my english spm paper2..and i got A1 for my english..because of the story i wrote about how he made me love physics..with him charisma n kindness.... he is and will always be the best teacher in my life ... and now i become a teacher and he inspired me...

    ReplyDelete